Etnisiti dan identiti Islam di Thailand

Masjid Baan Haw yang dibangunkan oleh orang Cina Islam

Penduduk Islam di Thailand terdiri daripada pelbagai bangsa, antara mereka pendatang dari China, Pakistan, Cambodia, Bangladesh, Malaysia, dan Indonesia, selain etnik Thai sendiri. Dua per tiga penganut Islam di Thailand merupakan warga Thai bangsa Melayu yang menduduki kawasan selatan negara itu.


Muslim Berdasarkan Etnik

  1. Thai Tengah:2,587 000
  2. Thai Selatan:1,284 000
  3. Melayu Patani:1,035 000
  4. Melayu Thai:715 000
  5. Melayu Kedah:1 000
  6. Burma Muslim:16 400
  7. Tamil Muslim:1 700
  8. Benggali:34 000
  9. Cham:4 600
  10. Khmer Utara:28 900
  11. Khmer Tengah:1 280
  12. Rohingnya:4 000
  13. Panthay Hui:75 000
  14. Hmong:5 000
  15. Punjabi:62 000
  16. Moken:735
  17. Moklen:1 050
  18. Sinhala:2 130
  19. Urdu:7 200
  20. Lao Phuan:2 070
  21. Han-Min Nan:29 760
  22. Han-Kantonis:780
  23. Han-Hainan:162
  24. Han-Min Bei:280


[6]

Pribumi Thai

Masyarakat pribumi Thai yang beragama Islam tertumpu di kawasan tengah dan selatan negara itu. Salah satu etnik Thai Islam yang terkenal ialah bekas Panglima Besar Tentera Diraja Thai, Jeneral Sonthi Boonyaratglin. Sonthi mempunyai keturunan Farsi dan moyangnya, Sheikh Ahmad Qomi,[7][8] merupakan seorang pedagang Iran yang bermastautin di Kerajaan Ayutthaya.

Melayu Islam

Di bahagian selatan negara itu, kebanyakan penduduknya ialah orang Melayu yang beragama Islam. Orang Melayu-Islam merangkumi 80% jumlah penduduk di kawasan tersebut. Hal ini berlaku kerana kawasan ini pada masa dahulu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Pattani, sebuah kerajaan Melayu-Islam yang wujud sejak kurun ke-15 dan dijajah oleh Siam pada kurun ke-19.

Cina Islam

Orang Cina Islam di sebuah masjid di Amphoe Pai, utara ThailandHidangan Khao soi di sebuah restoran Cina Islam di Chiang Mai

Thailand juga mempunyai penduduk Islam yang berketurunan Cina Hui terutama sekali di kawasan bandar bahagian utara negara itu.[9][10] Kebanyakan orang Cina Islam di negara itu tergolong dalam kumpulan yang dipanggil Chin Ho atau Haw dalam bahasa Thai. Namun bukan semua orang Chin Ho itu beragama Islam. Masyarakat Chin Ho merupakan golongan pendatang yang membawa bersama mereka tradisi dan adat masyarakat Hui Islam di China. Salah satu masjid Cina yang terkenal ialah Masjid Baan Haw di Chiang Mai.

Kumpulan etnik Islam yang lain

Terdapat golongan Rohingya di negara itu yang merupakan orang pelarian dari Myanmar. Masyarakat ini boleh dijumpai di khemah orang-orang pelarian, perkampungan nelayan dan pekan-pekan kecil berdekatan dengan persempadan Thailand dan Myanmar.

Selain itu, terdapat juga golongan Islam Cham yang berasal dari Kemboja. Mereka terdapat di kawasan persempadan Thailand dan Kemboja, Bangkok dan juga di bahagian selatan Thailand. Masyarakat Cham mula menetap di Thailand sekitar tahun 1700-an hingga 1800-an.[11]

Masyarakat Islam India, Pakistan dan Bangladesh juga terdapat di merata Thailand dan bekerja sebagai peniaga, usahawan dan juga buruh.

Menurut catatan seorang diplomat Farsi pada 1685, wujud masyarakat Syiah yang berpengaruh di kerajaan Siam pada masa itu. Hal ini dirakamkan oleh pengembara Perancis, Guy Tachard yang mengatakan bahawa persembahan-persembahan Ta'zieh (persembahan teater berunsur Syiah) mendapat dokongan daripada Raja Siam.[12]

Rujukan

WikiPedia: Islam di Thailand http://www.cpamedia.com/history/north_thailand_mus... http://www.iranica.com/newsite/articles/unicode/su... http://khondoi.com/thai/index.php?option=com_conte... http://malaysiandigest.com/opinion/484043-celebrat... http://tnews.teenee.com/politic/15433.html http://www.thai2arab.com/eng/content.php?page=cont... http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@f... http://web.archive.org/20090514084119/http://www.i... http://web.archive.org/20101231033117/http://www.c... http://web.archive.org/20120220130034/http://khond...